Metafisika Al Farabi
PERTAMA Definisi ilmu
filsafat menurut Al Farabi ialah (Al
ilmu bil maujaudaat bia al majudaat) Ilmu yang menyelidiki hakikat
sebenarnya dari segala yang ada ini. Dilihat dari keseluruhannya filsafat Al
Farabi lebih condong pada filsafat Plato daripada filsafat Aristoteles. Al
Farabi sependapat dengan Plato bahawa alam ini adalah ‘baharu’ dan terjadi dari
tidak ada sama dengan Al Khindi. Pendapat
AL Farabi ini sebagai pendapat pendapat seorang yang beragama islam tidak
dikagumkan sebab alam idea Plato adalah mirip dengan pengertian alam akhirat
dalam dunia islam. Dalam soal kejadian alam dan bagaimana hubungan khalik
dengan mahkluk, Al Farabi seperti juga Al Khindi menyetujui teori emanasi
Neo-Platonisma. Malahan lebih jauh dari Al Khindi, Al Farabi lebih menperinci
lagi teori emanasi.
*********
KEDUA Mula pertama Al Farabi menerima prinsip
Aristotelisme yang mengatakan bahawa tuhan itu ialah akal yang berfikir. Al
Farabi menamakannya akal murni. Prinsip Aristoteles itu lalu diisi oleh Al
Farabi dengan teori emanasi Neo-platonisma dari Plotinus. (Akal murni itu Esa
adanya dengan erti bahawa dengan akal itu berisi satu fikiran sahaja, yakni
sentiasa memikirkan diri sendiri). Jadi tuhan itu adalah akal yang aqil
(berfikir) dan makul (difikirkan). Dengan ta’aqqul ini adalah malailah ciptaan
tuhan. Tatkala tuhan memikirkan itu timbulah suatu wujudan baru atau
terciptalah suatu akal baru yang dinamakan Al Farabi.
**********
KETIGA Sama
seperti Aristoteles Al Farabi membezakan antara materi (zat) dan bentuk
(shurah). Materi sendiri baru berupa kemungkinan belaka, sedang “bentuk” itulah
menen tukan kemungkinan itu. Contoh kayu sebagai materi mengandungi banyak
kemungkinan, mungkin menjadi kerusi, almari dan sebagainya. Kemungkinan itu
barulah terlaksana menjadi satu kenyataan (realitas) kalau diberi bentuk,
misalnya bentuk almari, meja, kotak dan sebagainya. Seperti itu pula
kemungkinan bumi dengan segala isinya ini. Kalau susunan bumi dengan isinya ini
menurut teori Al farabi itu kita bahas secara terbalik dari bawah keatas, maka
wujud yang terbawah atau terendah itu ialah Materi yang abstrak yang belum
mempunyai bentuk yang dinamakanya.
*********
KEEMPAT Seterusnya,
sampailah kepada tingkat yang lebih tinggi yang bisa berantai dengan
al-aqlul-fa’al iaitu bentuk wujud manusia. Bentuk yang menkaktuilkan manuasia
ialah (jiwa) yang mempunyai daya berfikir aktuil (al-aqla bil fi ‘li) disamping
mempunyai daya menganggap (al-quwatul mutakhayyilah). Al-aqlul-fa’a adalah akal
kenyataan tetapi sebelum itu manusia lebih melalui masa dulu akal kemungkinan
(Al-aqlu bil quwwah) iaitu masa bayi, dimasa berfikir itu masih merupakan
kemungkinan sahaja, belum dilaksanakan. Akal kemungkinan itu menjadi akal
kenyataan setelah menerima pengetahuan dari akal aktif. Akal aktif inilah yang
mengilhamkan segala maqulat kepada akal kemungkinan sehingga akal ini menjadi
suatu akal kenyataan atau al-aqlul-fi’li.
*************
KELIMA Khusus mengenai etika kenegaraan Al Farabi mengemukakan suatu
idea yang mengemukakan bahawa dalam setiap keadaan itu ada unsure-unsur
pertentangan. Hal itu sama seperti dalam alam hewani yakni yang kuat menindas
yang lemah. Dan yang kuat bererti lebih
sempurna dari yang lemah. Dalam politik kenegaraan orang harus mengambil
teladan dari instinct hewani itu. Sebab keadilan itu baru boleh dilaksanakan apabila kita
dalam kemenangan. Dalam hal Al Farabi memberi contoh tentang hal jual beli atau
kontrak perjanjian yang dikerjakan manusia. Itu terjadi sebenarnya kerenah
adanya faktor kelemahan secara individu dari masing-masing. Tetapi apabila
salah seorang daripadanya menjadi lebih kuat, maka dia akan merobah maksud
perjanjian yang telah dibuat menurut interpretasi kemahuannya sendiri .
No comments:
Post a Comment